Tawaf Wada’
Tawaf Wada’ ialah tawaf ‘selamat tinggal’ yang wajib
dikerjakan - bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah
tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua
marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi
sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.
Syarat Tawaf Wada’
Sama seperti tawaf umrah dan tawaf ifadhah. Tetapi sebelum
memulakan Tawaf Wada’ seseorang itu perlu berniat.
Pengecualian (tidak berdosa
dan tidak dikenakan Dam)
- Perempuan yang kedatangan haid atau nifas.
- Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit)
pada lazimnya dia haid.
- Orang luka yang mengeluarkan banyak darah.
- Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat
hadas besar.
- Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta
bendanya.
- Orang yang takut ditinggalkan kawan.
- Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang
seumpamanya.
- Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
- Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia
benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya.
- Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.
Perhatian:
- Tawaf Wada’ dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap
untuk berangkat meninggalkan Kota
Makkah.
- Setelah mengerjakan Tawaf Wada’ seseorang itu tidak lagi
dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu,
membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat
masa yang diambil tidak terlalu lama.
- Jemaah yang terpaksa berangkat keluar dari Makkah dengan
segera sedangkan dia belum lagi mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada’
memadailah baginya mengerjakan Tawaf Ifadhah sahaja.
- Perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada’.
Sebagai ganti bolehlah berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram dan berdoa
- Orang
yang tidak melakukan Tawaf Wada’ kerana jahil atau terlupa tidak dikecualikan
dari membayar Dam. Dam yang dikenakan ialah Dam Taqdir dan Tertib.
No comments:
Post a Comment