Rukun Umrah
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti
dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksnaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan
mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah
ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah
tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
- Niat
- Tawaf
- Sai’e
- Tahallul
- Tertib
Niat
Setiap ibadah hendaklah
dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau
terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada
bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله
تعالى
Ertinya : “Sahaja aku
berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Tawaf
Tawaf adalah salah satu
rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan
mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu
rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi
Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf
Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
- Tawaf hendaklah dilakukan
di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di
bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi
Ka’abah.
- Tidak boleh menyentuh
mana-mana bahagian Ka’abah termasuk
Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
- Tidak boleh menggunakan
laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr
Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
- Laluan tawaf hendaklah
bersih daripada najis.
- Tawaf hendaklah dimulai
dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang
sama.
- Tawaf hendaklah dilakukan
sebanyak tujuh kali pusingan dengan
sempurna dan yakin.
- Mesti mengirikan Ka’abah
sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru
Ka’abah.
- Mesti suci daripada hadas
kecil (yakni berwuduk).
- Mesti suci daripada hadas
besar.
- Badan dan pakaian mesti
suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap
membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
- Mesti menutup aurat.
Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun
yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya
Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak
sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak
sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
- Hendaklah dilakukan
selepas tawaf.
- Tujuan hendaklah
semata-mata untuk Sai’e.
- Sai’e hendaklah dimulai
dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
- Sai’e dilakukan genap dan
sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa
dikira sekali pula.
- Jarak perjalanan Safa ke
Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah
jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
- Perjalanan dari Safa ke
Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu
dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya
melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah.
Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan
sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan
sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau
dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya.
Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas
kepalanya.
Perkara-perkara yang
berkaitan dengan jemaah wanita:
- Perempuan yang berambut
panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan
tidak kurang dari tiga helai.
- Suami boleh menggunting
rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya
selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
- Perempuan haid boleh
bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang
disediakan.
Tertib
Wajib Umrah
- Wajib Umrah ialah
perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya
ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam.
Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa
dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya
tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib
Umrah:
- Berniat umrah di Miqat
(sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
Menjaga larangan ihram.
- Miqat Makani (sempadan
tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan
umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum
sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih
boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari
Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil - Lebih
kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal
terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah
setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga
sebagai Zulhulaifah) - Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang
450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan
dari sana
berniat ihram sebelum bergerak menuju
Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan
kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah - Lebih kurang
187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk
penduduk Syam (Syria ),
Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin - Lebih kurang
94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq
No comments:
Post a Comment