Syarat adalah perkara yang paling
penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sekiranya seseorang itu tidak cukup
syarat, umpamanya dia seorang kafir atau seorang Islam yang telah melakukan
perbuatan-perbuatan yang menepati ciri-ciri orang murtad, maka ibadah umrahnya
bukan sahaja tidak wajib dikerjakan, malahan tidak sah jika dilakukan. Berikut
ialah syarat-syarat pelaksanaan ibadah umrah:
Berakal
Tidak wajib kepada orang tidak berakal
(gila) dan tidak sah jika dilakukan.
Baligh
Tidak wajib bagi kanak-kanak. Sah jika
dilakukan tetapi tidak mengugurkan kewajipannya mengerjakan umrah setelah
dewasa kelak.
Berkuasa
Berkuasa dengan menunaikannya sendiri
ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah).
Islam
Tidak wajib dan tidak sah bagi orang
kafir dan juga orang murtad.
Merdeka
Tidak wajib bagi hamba abdi tetapi sah
dan berpahala jika dapat dilakukan.
Takrif
Berkuasa
Berkuasa mengerjakan sendiri
Seseorang itu dikira berkuasa mengerjakan umrah jika mempunyai
perkara-perkara berikut:
- bekalan untuk yang pergi dan juga
untuk keluarga yang tinggal;
- kenderaan;
- aman perjalanan;
- sihat badan dan akal; dan
- berkesempatan (mempunyai masa yang
cukup) untuk mengerjakan umrah.
Berkuasa bagi wanita
Bagi kaum wanita, mereka perlu
mempunyai tiga lagi syarat iaitu:
- Mendapat izin suami atau wali;
- Tidak berada dalam iddah(walaupun
suami telah memberi keizinan atau berwasiat membenarkan pergi);dan
Ditemani oleh:
- Suami atau wali (atau jika tiada);
- Mahram iaitu seorang lelaki yang
haram bernikah dengannya (atau jika tiada);
- Perempuan thiqat (dua orang perempuan
yang boleh dipercayai, boleh membantu dalam urusan fizikal dan pelaksanaan
ibadah. Walau bagaimanapun khidmat perempuan thiqat ini hanya boleh digunakan
bagi umrah fardhu sahaja tetapi tidak bagi umrah sunat.
No comments:
Post a Comment